Dokumen tawaran boleh didapati mulai
05/11/2024
(SELASA) hingga
25/11/2024
(ISNIN) pada waktu pejabat di Kaunter Bayaran,
Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor dengan dikenakan bayaran
seperti di atas dalam bentuk
Bayaran Secara Online, Draft Bank, Wang Pos atau Kiriman Wang Berpalang atas nama
MAJLIS BANDARAYA PASIR
GUDANG di kaunter Pembayaran, Aras 1, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Bayaran secara tunai tidak akan diterima.
Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh
sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran.
Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Unit Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara
Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.
Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan
dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan
dikembalikan kepada:
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Pasir Gudang,
Aras 19, Menara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.
Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada
26/11/2024
(SELASA) dan dikehendaki memasukkan ke dalam
peti tawaran di Unit Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang
Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau
sebarang tawaran.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"GEMILANG, LESTARI, SEJAHTERA"
(Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin K.B.;P.A)
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
|
|
|
| Loading… |
Tarikh Iklan:
04/11/2024