PENDAFTARAN BAHARU DAN PENGEMASKINIAN LESEN KONTRAKTOR.
Makluman buat semua kontraktor, sempena arahan terbaharu daripada MAJLIS KESELAMATAN NEGARA berkaitan negeri Johor telah memasuki fasa 4. Slot pendaftaran syarikat kontraktor secara "walk in" telahpun dibuka di Unit Pengurusan Kontrak Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada kontraktor baharu yang ingin melakukan pendaftaran hendaklah pemilik syarikat dan penama di dalam lesen sahaja yang dibenarkan melakukan pendaftaran, wakil tidak dibenarkan sama sekali.
Oleh itu, pihak kontraktor juga hendaklah mematuhi peraturan dan etika pemakaian yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang agar proses pendaftaran dapat berjalan dengan baik.
PENGEMASKINIAN LESEN DI SISTEM E-PEROLEHAN
Pengumuman kepada kontraktor yang ingin melakukan pengemaskinian lesen di sistem E-perolehan MBPG. Dokumen lesen yang ingin dikemaskini pada sistem E-perolehan MBPG boleh dihantar melalui alamat email upk.mbpg@gmail.com.
Adalah diingatkan hendaklah pihak kontraktor agar menyerahkan dokumen lesen yang lengkap supaya proses pengemaskinian lesen berjalan dengan lancar.
Sebarang pertanyaan, sila email kan kepada upk.mbpg@gmail.com
Sekian untuk makluman.
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
NOTIS PEMBERITAHUAN
PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER
NO.SEBUTHARGA : MBPG/T11/2025/UPK/JKAP.
TAJUK KERJA : CADANGAN KERJA-KERJA KAWALAN DAN KECEMASAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TANJUNG LANGSAT MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG UNTUK TEMPOH 13 BULAN
TARIKH PENGHANTARAN DILANJUTKAN : 31 JANUARI 2025
SEKIAN, TERIMA KASIH.
UNIT PENGURUSAN KONTRAK
PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA PEMBEKAL/PENYEDIA PERKHIDMATAN/KONTRAKTOR
MULAI 1 NOVEMBER 2024 KENAAN DENDA LEWAT AKAN DIKENAKAN JIKA PEMBEKAL/PENYEDIA PERKHIDMATAN/KONTRAKTOR LEWAT MENGEMUKAKAN DOKUMEN TUNTUTAN BAYARAN YANG LENGKAP DAN SEMPURNA.