Sistem Pengurusan e-Kontrak
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG, ARAS 10, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Tel : 07-254 7777 | Faks : 07-251 5260
Emel : upk.mbpg@gmail.com
MENU UTAMA
Log Masuk

Laman Web Rasmi MBPG
Iklan SebutHarga/Tender
Keputusan
SebutHarga/Tender
Senarai Pemohon
SebutHarga/Tender
Manual Pengguna>
Borang Pendaftaran Syarikat Baru
Lupa Kata Laluan (Syarikat)

Maklumat Sebutharga






Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong bertaraf BUMIPUTERA dalam kelas CIDB & JPSPN yang dinyatakan dan berdaftar di bawah tajuk / kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-


BIL
JENIS KERJA
BILANGAN TAWARAN
GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN
HARGA DOKUMEN (RM)
1.CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN KEBERSIHAN KAWASAN DI BANDAR SERI ALAM BAGI TEMPOH 14 BULAN ( PAKEJ 1 ) MBPG/T16/2024/UPK/JPBL G3/CE14 & JPSPN100.00
2.CADANGAN KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN KEBERSIHAN KAWASAN DI KAWASAN TAMAN RINTING, TAMAN SIERRA PERDANA DAN MASAI BAGI TEMPOH 14 BULAN ( PAKEJ 2 ) MBPG/T17/2024/UPK/JPBL G3/CE14 & JPSPN100.00
3.CADANGAN KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN KEBERSIHAN KAWASAN DI PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, JOHOR BAGI TEMPOH 14 BULAN (PAKEJ 6)MBPG/T21/2024/UPK/JPBL G3/CE14 & JPSPN100.00
4.CADANGAN KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN KEBERSIHAN KAWASAN DI TAMAN KOTA MASAI, TAMAN ALAM DAMAI, TAMAN CAHAYA MASAI, DESA RAKYAT PERDANA, KG KOPOK BARU, DAN ISKANDAR HALAL PARK GUDANG BAGI TEMPOH 14 BULAN (PAKEJ 10) MBPG/T25/2024/UPK/JPBL G3/CE14 & JPSPN100.00

Dokumen tawaran boleh didapati mulai 23/09/2024 (ISNIN) hingga 13/10/2024 (AHAD) pada waktu pejabat di Kaunter Bayaran, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Bayaran Secara Online, Draft Bank, Wang Pos atau Kiriman Wang Berpalang atas nama MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG di kaunter Pembayaran, Aras 1, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Bayaran secara tunai tidak akan diterima.

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Unit Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Pasir Gudang,
Aras 19, Menara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 14/10/2024 (ISNIN) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Unit Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"GEMILANG, LESTARI, SEJAHTERA"


(Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin K.B.;P.A.)
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Tarikh Iklan: 22/09/2024


Kembali
Cetak
UNIT PENGURUSAN KONTRAK
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG, ARAS 10, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Tel : 07-254 7777 | Faks : 07-251 5260
Emel : upk.mbpg@gmail.com
Anda pelawat ke:
Hak Milik Terpelihara Unit Pengurusan Kontrak, Majlis Bandaraya Pasir Gudang