PENDAFTARAN BAHARU DAN PENGEMASKINIAN LESEN KONTRAKTOR.
Makluman buat semua kontraktor, sempena arahan terbaharu daripada MAJLIS KESELAMATAN NEGARA berkaitan negeri Johor telah memasuki fasa 4. Slot pendaftaran syarikat kontraktor secara "walk in" telahpun dibuka di Unit Pengurusan Kontrak Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada kontraktor baharu yang ingin melakukan pendaftaran hendaklah pemilik syarikat dan penama di dalam lesen sahaja yang dibenarkan melakukan pendaftaran, wakil tidak dibenarkan sama sekali.
Oleh itu, pihak kontraktor juga hendaklah mematuhi peraturan dan etika pemakaian yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang agar proses pendaftaran dapat berjalan dengan baik.
PENGEMASKINIAN LESEN DI SISTEM E-PEROLEHAN
Pengumuman kepada kontraktor yang ingin melakukan pengemaskinian lesen di sistem E-perolehan MBPG. Dokumen lesen yang ingin dikemaskini pada sistem E-perolehan MBPG boleh dihantar melalui alamat email upk.mbpg@gmail.com.
Adalah diingatkan hendaklah pihak kontraktor agar menyerahkan dokumen lesen yang lengkap supaya proses pengemaskinian lesen berjalan dengan lancar.
Sebarang pertanyaan, sila email kan kepada upk.mbpg@gmail.com
Sekian untuk makluman.
RALAT
Merujuk kepada iklan tawaran yang dikeluarkan di akhbar Berita Harian oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada tarikh 22 JULAI 2022 (JUMAAT) bagi tender berikut ;
Bil Tender
:
MBPG/T26/2022/UPK/JKL
Terdapat pindaan kepada tajuk tawaran sepertimana berikut;
TAJUK TAWARAN ASAL
PINDAAN
KERJA – KERJA PENYELENGGARAAN PAIP AIR KUMBAHAN DAN AIR BUANGAN DI BLOK 25, 26, DAN 27 SERTA MEMBAIKI RANGKA TINGKAP DAN PINTU, MENGECAT SEMULA RUMAH PANGSA BLOK 25 DAN 27, TAMAN AIR BIRU,
PASIR GUDANG
KERJA – KERJA MENGECAT SEMULA BANGUNAN DAN MEMBAIKI RANGKA TINGKAP DAN PINTU DI BANGUNAN RUMAH PANGSA BLOK 26 DAN 27 SERTA PENGGANTIAN PAIP AIR KUMBAHAN DAN AIR BUANGAN DI BLOK 27, TAMAN AIR BIRU, PASIR GUDANG
Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, untuk makluman.